Info Niaga (Business)

Ruangan ini sentiasa dikemaskini dengan pautan kepada sumber maklumat untuk sesiapa saja yang ingin merebut peluang perniagaan di Arabia.

This page will be updated constantly with business resource links for visitors who are seeking business opportunities in Arabia ( Middle East aka West Asia )


Peluang (1)

Seorang sahabat saya berbangsa Arab Saudi telah mendapat Lesen ISP ( Internet Service Provider ).

> Background secara ringkas:

Saya mengenali beliau sejak 1999 semasa kami sama-sama bergelumang membangun ISP pertama di Saudi ketika itu. Beliau seorang yang bersikap positif dan optimistik.

Sejak 5 tahun beliau telah mengendali syarikat sendiri yang memberi khidmat SMS Content dan SMS gateway kepada beberapa TV Stesen di Arabia. Dan bermula tahun ini, beliau mendapat Lesen ISP.

> Format Peluang Perniagaan:

Saya membuka peluang kepada beberapa Syarikat Technology kepunyaan rakyat Malaysia (100%) yang ingin bekerjasama dengan ISP beliau. Beliau sedang mencari Technology Partners yang ingin mengembangkan perniagaan di Saudi.

Bentuk kerjasama BUKAN DENGAN MENJUAL TECHNOLOGY pada syarikatnya TETAPI dengan membuat pemasaran bersama-sama dgn syarikat beliau kepada Pasaran Korporat & Kerajaan di Saudi.

Gambarajah di bawah ini mempaparkan konsep am kerjasama niaga dengan syarikat beliau.

Konsep Kerjasama : klik utk paparan lebih besar

Konsep Kerjasama : klik utk paparan lebih besar

Menurut gambarajah di atas, semua Technology Partners akan diletak di bawah payung ISP Co. Kemudian semua Aplikasi akan dipakej dan dipasarkan melalui Syarikat VALUE-ADDED SERVICES (VAS) .

Sasaran Syarikat VAS adalah pasaran Korporat dan Kerajaan.

Hanya satu saja Technology Partner untuk setiap APLIKASI. Ia bertujuan untuk memberi tumpuan kepada KUALITI APLIKASI, KUALITI TAHAP KHIDMAT dan KECEPATAN MASUK PASARAN.

> Tanggungjawab Technology Partner Malaysia secara ringkas:

  • Membuktikan Technology mereka telah digunakan oleh sekurang-kurangnya 5 syarikat atau institusi di Malaysia.
  • Bersama-sama membuat Pakej Sesuai untuk pemasaran
  • Membuat Presentation kepada potential client
  • Memasuki Tender dan membuat Tender Document ( Technical dan Commercial )
  • Melakukan Requirement Study untuk sebarang peluang
  • Jangan peningkan beliau dengan ISU TERRITORIAL LIMITATION jika anda adalah VAR ( Value Added Reseller ) utk sebarang technology antarabangsa.
  • Sebaik-baiknya membawa Technology Malaysia sepenuhnya
  • Menyediakan petugas-petugas yang sesuai untuk Teknikal,  Pemasaran dan Aftersales Services.
  • Bekerjasama secara EKSKLUSIF dengan syarikat beliau sahaja supaya setiap aplikasi dibina dengan KUALITI.

> Tanggungjawab beliau secara ringkas:

  • Menyediakan Visa Arab Saudi yang sesuai untuk para petugas Technology Partner
  • Menyediakan Platform niaga, iaitu Syarikat VAS beliau.
  • Menyediakan fasiliti yang sesuai untuk Aplikasi demo dan Aplikasi VAS client
  • Menyediakan Kontrak Perkhidmatan dengan pelanggan.
  • Memberi sales lead dan membawa petugas untuk business development
  • Membantu membuat presentation kepada client
  • Membuat penterjemahan untuk dokumen yang berkaitan niaga untuk pemasaran dan booklet dari Inggeris ke Bahasa Arab
  • Menyediakan fasiliti alih-bahasa untuk content
  • Menyediakan fasiliti pejabat yang sesuai untuk para petugas
  • Menyediakan fasiliti customer services
  • Menyediakan fasiliti Bill Collection dan Urusan Perundangan

> PERKONGSIAN secara ringkas

  • Peralatan, software, petugas, tempat tinggal dan penerbangan adalah kos anda. Hanya Syarikat Malaysia yang mempunyai sumber sokongan kewangan sahaja dapat berniaga di sini.
  • Perkongsian laba adalah terbuka kepada negotiation samada secara project basis, contract basis dan sebagainya.
  • Nota : beliau cekap dan cepat membuat keputusan. Anda pandai-pandailah buat negotiation dengan beliau.

Peluang (2)

Peluang untuk menjadi Content Partner atau Content Developer untuk SMS dan MMS serta aplikasi Games untuk Mobile Nokia.  Semua Content harus boleh di-LOCALIZE-kan.

Jika anda mempunyai Syarikat yang membuat Content dan mempunyai hakcipta terhadap Content serta boleh membuktikan hak milik, sila contact saya.

AKHIRKATA

Untuk merebut peluang ini, email profail syarikat anda ( dalam FORMAT PDF sahaja ) kepada saya ke manntrexe@yahoo.com dan muatkan web site address sekali. Sila letak [ PELUANG ] di permulaan SUBJECT email anda supaya ia masuk ke dalam FOLDER EMAIL BOX saya dan TIDAK ke SPAM BOX saya.

SEMUA KOMUNIKASI dan PROFAIL yang diterima hanya di dalam BAHASA INGGERIS SAHAJA supaya tidak membuang masa.

LANGKAH SETERUSNYA

Membuat lawatan ke Riyadh untuk berkenalan, preliminaries, due diligence, negotiation dan membuat kataputus.

NOTA PERSONAL:

1. Saya tidak akan melayan sesiapa yang dok ding-dong mengenai kredibiliti saya. Nak kenal saya, baca blog ini dari artikel pertama sehingga ke artikel terkini. Juga baca komen-komen yang ada. Serta bacalah artikel-artikel yang saya hantar ke Yahoo Groups SIM dan RESPEKS.

2. Saya berpengalaman yang manis dan juga pahit ketika berurusan dengan pelbagai syarikat Malaysia sejak 2 dekad. Melayu dan Cina sama sahaja. Ada yang sangat baik serta ada pula yang kuat khianat dan mengelat.  Peranan saya adalah menilai character dan memberi nasihat kepada sahabat saya di Arab Saudi untuk menerima atau menolak.

  • Share/Save/Bookmark
© 2007 Kenali Arabia, - WordPress Themes by DBT