Info Penting

Senarai LINK yang menganjurkan usaha PEMBANGUNAN INSAN di bawah kelolaan sahabat-sahabat yang sangat saya hormati.

www.sim.org.my
SIM ini adalah group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) yang keahliannya terdiri dari pengguna ICT yang aktif  disemua peringkat umur. Kini ada 30,000 ahli dan bertambah setiap hari di dalam groups.yahoo.com/group/SahabatInteraktif.

SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

tuition.sim.org.my
SIM TUITION CENTRE  adalah satu lagi inisiatif hebat dari Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) bagi membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Kami mengendalikan kelas tuisyen kepada pelajar-pelajar peringkat Sekolah Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 (UPSR) manakala untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah pula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas.

coop.sim.org.my
Koperasi SIM Berhad ini ditubuhkan oleh sebuah Yahoo Group di internet iaitu SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA . SIM ini adalah group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) yang keahliannya terdiri dari pengguna ICT yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. Group ini mempunyai lebih 20,000 orang ahli dari seluroh dunia.

Koperasi SIM Berhad ini ditubuhkan bagi mengujudkan satu koperasi yang bergiat dalam bidang penggunaan (consumer cooperative) bertujuan mengujudkan jaringan pengeluar, pengedar dan pengguna. Bermatlamat mengumpul dana bagi menjadi pengeluar dan pengedar bagi barangan serta perkhidmatan untuk digunakan oleh ahli-ahli.

www.nurhikmah.org.my
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ditubuhkan dalam tahun 2006 dibawah Akta Syarikat Malaysia. Memberikan bantuan dalam bentuk sokongan moral dan material seperti keperluan harian dan pendidikan. Menjadi penaung kepada lebih 200 orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar di 6 pusat jagaan di seluruh Malaysia.

Hingga kini lebih 1,000 orang sukarelawan dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ICT, perubatan, kaunseling , perniagaan dan lain-lain menyertai YPNet untuk turut serta dalam kerja-kerja sukarelawan.

BondaMama.com
BondaMama ini adalah inisiatif  Yayasan Pembangungan Nur Hikmah bagi mengujudkan peluang Kerja Dari Rumah. Bertujuan bagi mengujudkan satu rangkaian BONDA di seluruh negara yang bertugas menjaga bayi dari rumah.

MangkukTingkat.com
Mangkuk Tingkat ialah sebuah program bagi membekalkan sajian makanan tengahari dan malam untuk mereka yang inginkan penjimatan disamping diet yang seimbang serta berkualiti.

Disamping itu ianya bertujuan membantu suri rumah sepenuh masa yang bertindak sebagai pembekal kepada Program Mangkuk Tingkat. Dengan cara ini mereka boleh mendapatkan sumber kewangan bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

  • Share/Save/Bookmark
© 2007 Kenali Arabia, - WordPress Themes by DBT