Peluang Niaga Yang Banyak
Salam alaik sahabat-sahabat,
Saya telah update Ruangan Info Niaga dengan peluang bisnes untuk sesiapa yang berminat. Peluang ini terbuka kepada semua syarikat dan koperasi di Malaysia sahaja.
PELUANG (1)
Sahabat saya Pak Arab di Riyadh telah mendapat lesen ISP baru-baru ini dan sedang mencari beberapa Technology Partners dari Malaysia untuk memasarkan Value-Added Services di Arabia.
Di bawah ini adalah gambarajah konsep umum usahasama :
Untuk info lanjut, sila ke Ruangan Info Niaga .
PELUANG (2 )
Sahabat Arab ni juga telah lama berkecimpung memberi khidmat SMS/MMS Content dan SMS Gateway untuk beberapa Stesen TV. Kini beliau mencari Content dan juga aplikasi Games khas untuk NOKIA sahaja.
Untuk info lanjut, sila lompat ke Ruangan Info Niaga .
Udang Petai Masak Pedas
Salam alaik,
Hai kenapa lah pulak blog Kenali Arabia bertajuk macam blog resepi nih? Dah takda modal ke?
Sebenarnya, saya terjumpa sebuah Blog yang menarik perhatian saya. Dan di dalamnya terdapat foto masakan favorite saya pulak. Blog tersebut kepunyaan Puan Eita yang sudah lama tinggal di Jeddah bersama-sama suaminya Rashid dan anak-anaknya. Di bawah ni foto anak-anak mereka.
Ada 2 perkara yang sangat menarik perhatian saya di dalam blog Puan Eita. Pertamanya adalah kerajinan Puan Eita merakam aktiviti keluarga beliau dan masakan. Yang keduanya ialah aktiviti sillatur-rahim orang-orang Malaysia di Jeddah.
Dari kitab-kitab hadith dan nasihat-nasihat ulama, ada banyak kelebihan orang yang suka menjaga dan merapatkan hubungan sillatur-rahim:
- Doa yang maqbul
- Rezeki yang mewah
- Badan dan fikiran yang sihat
- Ilmu yang bertambah
- Diperlindungi dari musuh
- Mendapat keredhaan Allah
Di dalam foto di atas ada terselit pulak kawan saya, Jamal Pak Tongkol ( baju merah ) dari Johor dan jiran saya di KL, Syed Al-Haddad ( baju putih ). Muka happy aje mereka ni dalam gambor. Kini kedua-duanya bekerja dengan Ericsson di Jeddah. Lepas mereka install dan activate 3G system untuk syarikat telecom Mobily, seluruh Saudi dapat 3G broadband yang cukup baik dan murah. TAHNIAH ORANG MALAYSIA !!!.
Foto di atas ni dari Blog Puan Eita jugak. Ketam dan kupang Laut Merah ni telah di-SelatMelaka-kan di dalam hidangan Melayu di Jeddah. Ada banyak lagi foto-foto menarik di dalam Blognya.
Untuk sesiapa yang ingin menjengok suasana kehidupan harian masyarakat Malaysia di Jeddah, sila kunjungi Blog Puan Eita di eitaluvjeddah.blogspot.com .
Di atas permintaan Sdr Zuraili di Yanbu dan rakan-rakan di Riyadh, saya meneruskan Tip Ay Kalam (Arab Pasar):
- Waktu Kerja > Dawam
- Rumah > Manzil, Bayt
- Apartment > Shaggah
- Kertas > Wargah, Warqah
- Baik > Ahsan
- Saya pergi > Baroh
- Saya datang > Baeiji
- Sampai > Wassalt, Jeet
- Apa dia? > Wish fi? Shu fi? Ish fi?
- Takda apa-apa> Ma shi, Ma fi, Ma fish.
- Mana dia? > Wen hua? Fen hua?
- Dia di rumah> Hua bi manzil, Hua bil bait.
- Dia di apartmentnya> Hua bi saggah.
- Dia dalam kereta> Hua bi sayyarah
- Nanti beri kertas ni pada dia> Ba’den, jib hua haza wargah.
- Nak pergi mana? > Wen roh? Wen raih?
- Saya balik rumah> Baroh ila bait.
- Waktu kerja dah habis. Dawam khalas. Dawam nihayat.
- Dari sini sampai sana> Min hena ila henak. Min hun la hinik.
- Saya datang sekarang> Baeiji al-an.
- Dalam 2 jam saya sampai. Mumkin wassalt fi sa’aten
- Sejam lagi boleh balik rumah. Ba’ad sa’ah rah la bayt.
- Saya masih dalam waktu kerja. Ana bi dawam.
- Tak boleh keluar. Mamnu’ dakhil juwwah, Mamnu’ roh juwwah
- Kerja yang ini lebih baik dari dulu > Haza shughul ahsan min awwal
Ibu Pertama Di Dunia
Salam alaik,
Kita semua tahu siapa Sitti Hawa. Dialah ibu pertama di dunia ini. Dan dari Sitti Hawa, keturunan manusia bertebaran di seluruh mukabumi sehingga kini telah mencapai bilangan 6.1 billion manusia.
Pastinya Sitti Hawa berwajah lebih cantik dan lebih indah daripada semua wanita di dunia ini. Sebabnya Sitti Hawa berasal dari Syurga, maka tiada wanita yang dapat menandingi kecantikannya. Menurut legenda, Jeddah ( yang bermakna nenek ) mendapat nama sempena tempat persemadian Sitti Hawa.
Google Maps di atas adalah untuk Bandaraya Jeddah. Anda boleh ZOOM IN, ZOOM OUT, PAN LEFT dan PAN RIGHT untuk perincian.
Berbanding Riyadh yang hanya berumur 60 tahun, Jeddah adalah sebuah penempatan yang telah lama diduduki manusia sejak 2,500 tahun yang lalu. Dari sebuah perkampungan nelayan, pada tahun 749, Sayyidina Osman telah membangunkan Jeddah menjadi pelabuhan sehingga ia menjadi terkenal ke seluruh dunia. Kini Jeddah menjadi Shopping Paradise, Bandaraya Metropolitan, pusat Industri Pembuatan dan Pelabuhan terbesar di Arabia.
Hampir 90% barangan yang diimpot dan diexport melalui pelabuhan ini. Selainnya di-impot dari Pelabuhan Dammam di pantai Timur.
Jeddah juga menjadi pintu masuk feri-feri dan kapal-kapal penumpang yang membawa jemaah haji dan umrah dari negara-negara Arab seperti Mesir, Eriteria, Djibouti, Yemen, Lebanon, Libya, Syria, Jordan dan Turki. Suatu ketika dahulu, semua bakal-bakal haji dari benua Asia juga melalui pelabuhan ini. Tapi kini semua jemaah dari Asia menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Laut Merah juga adalah laluan yang digunakan kapal-kapal perdagangan dari Asia atau Eropah sebelum merentasi Terusan Suez. Maka Jeddah, menjadi lokasi sesuai untuk penyelenggaraan dan pembekalan kapal-kapal dagang ini.
Bazar tradisional di Jeddah menjadi tumpuan pelancong domestik dan luarnegara.
Percakapan bahasa Arab di Jeddah lebih laju berbanding jajahan lain. Nadanya lebih tinggi dan lengoknya berbeza. Mungkin kerana kesan dari kesibukan di dalam semua urusan berbanding tempat lain di Saudi. Wajah Arab Saudi di situ juga berbeza kerana percampuran darah zaman-berzaman dengan pelbagai bangsa sejak zaman Sayyidina Osman sehingga pemerintahan Ottoman Turki.
Pemandangan ke arah laut Merah menyebabkan Jeddah menjadi tempat peranginan untuk pelancong domestik. Dalam 2 dekad yang lalu, Jeddah ialah pusat snorkeling dan sukan laut yang hebat kerana terumbu karang, kehidupan laut yang indah serta perairan yang bersih.
Malangnya, pembuangan sisa perindustrian dan penduduk yang tidak terkawal telah menjejaskan keadaan laut. Kini kerajaan Saudi sedang mengambil langkah kawalan yang lebih ketat dan usaha pemulihan sedang giat dijalankan. Kontrak ini telah diberikan kepada sebuah syarikat Malaysia dengan rakankongsi tempatan. Bagi tahun 2009, Governor Jeddah telah membajetkan sebanyak SR1.5 billion untuk membangunsemula infrastruktur jalan.
Jeddah telah lama menjadi tuanrumah untuk pelbagai Expo Perdagangan dan Persidangan Antarabangsa. Hotel-hotelnya menyediakan kelengkapan secukupnya dengan suasana yang selesa. Restoran-restoran di Jeddah juga menghidangkan juadah untuk apa jua selera.
Sejak 20 tahun, Jeddah diperindahkan dengan pelbagai sculpture oleh artis antarabangsa. Kini Jeddah diperindahkan lagi dengan kemahiran lanskap sebuah syarikat Malaysia pula. Semoga syarikat ini dapat menempah nama yang harum untuk Malaysia dan untuk kita semua.
Beruntung betul sesiapa yang tinggal di Jeddah. Makkah dekat, Madinahpun dekat serta seafood pun fresh !
Penyejuk Kepanasan
Salam alaik,
Jangan sangka siapa yang bekerja di Saudi ni hidup sentiasa tenang dan bersenang-lenang. Di sini banyak cabaran tau. Saya perjelaskan.
Tabiat biasa bagi yang mencari rezeki di Saudi adalah mereka akan pergi kerja, balik rumah, makan, tidur, bangun tidur dan pergi kerja lagi. Dalam seminggu, 6 hari kerja kerja kerja dan kerja. Dalam akal, duit duit duit dan duit. Tak cukup duit, hutang hutang hutang dan hutang. Yang tak bawa keluarga pula merasa rindu, hiba dan risau selama 1 atau 2 tahun. Bagi yang gunakan bas, terpaksa bertahan bau hapak antarabangsa.
Sebagai tekanan tambahan ialah CUACAnya yang teramat panas selama 9 bulan setiap tahun. Bagi yang bertugas di luar, lagilah panas.
Oleh kerana itu, dikatakan ramai yang berdarah panas di sini. Senang marah, senang bergaduh, senang salahfaham dan senang maki orang. Perkataan popular untuk maki atau kutuk orang ialah YA HEMAR ( oi keldai ! ) atau YA KALB ( oi anjing ! ). Saya pernah mencadangkan satu lagi, iaitu “Ya Khinzir !” tapi tak mendapat sambutan.
Jadinya, cabaran paling utama di sini apabila berdepan dengan manusia yang berdarah panas di dalam cuaca yang amat panas di atas bumi panas. Jika anda juga berdarah panas, maka mendidihlah otak.
Waktu untuk tenangkan fikiran, riadah dan berinteraksi dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara-mara sangat terbatas. Anak-anak membesar dengan resmi panas. Bila dewasa, budaya panas diteruskan.
Jangan bimbang wahai kawan. Di dalam negara yang sangat panas ini dengan orang yang berdarah panas, ada penyejuknya. Di dalam peta Google Maps di bawah ini adalah lokasi penyejuk hati yang saya tandakan dengan belon merah. Untuk perincian, sila zoom-out terlebih dahulu, drag left atau right dan zoom-in kawasan Souk Kombiuter yang diwarnakan biru.
Seperti semua pembaca jangkakan, terdapat ribuan Masjid Jumaat dan Masjid kecil ( masaijid ) di serata Saudi. Yang paling istimewa ialah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah.
Di bandaraya Riyadh pula, masjid kesayangan saya terletak di Souk Kombiuter, Olaya. Sila rujuk peta Google Maps di atas untuk ke sana. NOTA: bukan semua masjid mengadakan solat Jumaat, walau besar manapun.
Imam Masjid Olaya bacaannya sedap dan muka berseri-seri penuh nur. Kecik aje orangnya macam orang Yemen. Tiap-tiap Maghrib dan Isya’ beliau baca Qunut Nazilah apabila Palestin diserang Yahudi. Setiap Jumaat membaca doa yang sama antara 2 khutbah.
Tiap-tiap kali selesai Solat Jumaat selama 6 minggu berturut-turut sejak Aidil Adha, ada aje 6 atau 7 orang Filipino mengucapkan kalimah syahadah masuk Islam. Mereka akan berdiri berhampiran mimbar dan ikut Imam membaca Syahadah. Selepas itu ramai ahli Jemaah bangun, bersalaman dan berpelukan dengan kumpulan Muallaf ini. Ramai juga yang menghulurkan sedekah. Ia adalah berkat pendakwah bernama Abdul Qader Albani (orang Filipino yang bekerja di Universiti King Abdul Aziz).
Masjid Kombiuter Souk ini kecik aje, ada 17 saf. Setiap saf boleh muat 120 orang. Kalau haritu ramai orang Mesir atau Sudan, jumlah orang di dalam saf berkurangan sebab mereka ni debab-debab. Waktu paling kurang orangpun dalam 5 saf, iaitu waktu Asar di mana kebanyakannya kedai dan pejabat tutup untuk berihat. Waktu Maghrib dan Isya dalam 8 atau 9 saf, TIAP-TIAP HARI walaupun pada hari minggu (dalam 1000 orang). Harapan doa maqbul tinggi sikit.
Semoga Masjid Souk Kombiuter ini berterusan menyejukkan hati dan membawa ketenangan kepada pengunjungnya.
TIP Ay Kalam:
- Bila ? => Imta, Mata, Mita
- Lepas tu, Maka => Izan
- Apa ? => Ish, Shu
- Bagaimana ? => Kaif, Keef, Shlon
- Buat, lakukan => Sawi
- Kerja => Amal, Shughul
- Buka => Iftah
- Tutup => Emsakkar
- Panas => Har
- Sejuk => Barid
- Waktu Kerja => Dawam
- Berjalan lancar => Fi Shugul, Shughul Kuwaiyyis
- Penting => Daruri
- Mesti => Lazim
- Senang => Sahal, Mafi Mushkila
- Susah => Sa ab, Mushkila
- Buat apa tu? => Shu sawi?
- Nak buat macamana? => Keef sawi?
- Tunjuk saya macamana => Anta shof keef sawi
- Cakap senang tapi tak reti buat => Kalam sahal, lakin mafi malum sawi
- Buat yang ini senang. => Haza shughul sahal, haza shugul mafi mushkila
- Mesti habiskan kerja ni => Haza shughul lazim khalas sawi.
- Pagi esok datang dan mesti buat kerja => Bukra subuh aeji. Lazim haza shughul sawi.
- Buat kerja cepat sikit => Shugul shuwaiy beser’ah sawi.
- Pasang aircond tu => Mukayyif iftah sawi.
- Tutup aircond tu => Mukayyif emsakkar sawi.
- Ini penting => Haza daruri.
Souk Kombiuter
Salam alaik,
Souk Kombiuter, sepertimana Pak Arab menyebutnya, adalah kawasan terletaknya beberapa bangunan yang mempunyai berpuluh-puluh kedai barangan IT.
Haritu saya saja-saja mencari kad PCMCIA Notebook khas untuk tambah USB port. SR85 aje. Agaknya lepas diskaun SR75 ( dalam RM64 aje ). Maklumlah Notebook PC punya USB port dah lusoh sampaikan wire USB mousepun tercabut-cabut. Tak silap saya, 1 tahun umur komputer sama dengan 20 tahun umur manusia. Jadinya notebook saya ni kiranya macam dah 60 tahun umurnya. Dah tua dah.
Saya amat pelik kenapa barang IT kat KL mahal-mahal. Contohnya Notebook Power Adapter. Di Riyadh dalam lingkungan SR60 hingga SR80 ( RM68 ). Kat Malaysia harganya RM100 ke atas. Geram betul. Walhal semuanya made in China walaupun branded. Kan Hong Kong cuma 4 jam dari KL dan Hong Kong ke Riyadh 16 jam. Patut lagi dekat lagi murah tapi peniaga KL shekik al-darah.
Di Souk Kombiuter, trafik jam dia ni memang teruk nauzubillah. Bukan saja double-parking, tapi triple parking, simpang-siur parking, suka-aku parking, stunt parking. Mereka buat muka toya aje masa parking. Dahlah kereta besar-besar.
Setiap pukul 4 petang, jalan one-way jadi akan jadi sukahati way. Jadinya, kalau taknak terganggu bila nak balik nanti, lebih baik parking berhampiran Holiday Inn Qasar berhampiran Bangunan Pemborong Kombiuter ( Khaleej Building ). Jalan kaki tak sampai 5 minit aje. Jangan malas… nanti gemuk.
Lokasi Souk Kombiuter ialah di hujung Olaya Street. Hala jalan dari arah Kingdom Tower menuju ke Faisaliyah Tower. Lepas saja Faisaliyah Tower dalam 500 meter ke depan, itulah Kombiuter Souk. Kat bawah ada 2 foto dari hala Souk Kombiuter ke Faisaliyah Tower.
Di tepi-tepi kedai Souk Kombiuter ada ramai penjaja software cetak rompak dan DVD. Semuanya Saudi. Kat tepi-tepi jalan pulak ialah lanun Bangla dok mengejar pejalan kaki dan pemandu kereta nak jual CD haram. Mereka ni tak reti bahasa mengacau orang. Bila polis datang aje, bertempiaran lari macam peleset.
FOTO TAK CANTIK kan? Sebenarnya beberapa kawasan di Riyadh tidak boleh berfoto sembarangan. Buta-buta aje masuk balai disoalsiasat. Kawasan ini sensitif sejak peristiwa beberapa tahun lalu, iaitu pengeboman perumahan Omputeh di Riyadh dan Pejabat Pertahanan di Dhahran. Oleh itu saya terpaksa curi-curi ambil foto. Apabila Marriott Hotel Islamabad kena bom, aktiviti polis lagi rancak sebab ada 2 hotel Holiday Inn di Souk Kombiuter.
Nasihat: Apabila di Riyadh, elakkan berfoto di luar hotel antarabangsa, pejabat kerajaan, kawasan Diplomatik dan perumahan Omputeh. Kalau nak jugak, berhati-hati. Tempat lain wokay ! Mafi Mushkila!
TIP Ay Kalam:
- call => KALLIM
- call saya => KALLIMNI
- call dia => KALLIMUHU
- telefon landline => HATIF, TELEFON
- telefon mobile => JAWWAL
- nombor => RAQAM
- computer => KOMBIUTER, HASOOB
- calculator => ALA HASIBAH
- akauntan => MUHASSIB
- resit => FATOORA
- tempat => MAKAN, HAY
- kiri => YASAR
- kanan => YAMIN
- depan => GUDDAM
- terus => ‘ALATUL, GUDDAM
- belakang => WARRAH
- dalam => JUWWAH
- luar => BARRAH
- sebelum => GABBAL, QABBAL
- di => BI
- ada => FI, MAUJUD
- takda => MAFI, MAFI MAUJUD
- maaf => MA’ LESH
- kemudian => BA’ DEN, BA ‘AD
- sibuk => MASH-GHUL
- ya => AY, EH, AYWA, EH NA’AM, AY NA’AM, NA’AM
- mana => WEN?
- Di mana Pasar Komputer? => WEN KOMBIUTER SOUK?
- Di Jalan Olaya => BI SYARE’ OLAYA
- Dekat belakang ada Hotel Holiday Inn => WARRAH FI FONDOK HOLIDAY INN
- Di mana kau? => WENAK?
- Di dalam pejabat => ANA BI JUWWAH MAKTAB
- Jalan terus sehingga depan Bank Al-Bilad => RAH ALATUL ILA GUDDAM BANK AL-BILAD
- Masuk kanan => KHURUJ YAMIN, HUDZ TARIQ YAMIN, DAKHIL YAMIN, ITLA’ YAMIN, RAH YAMIN
- Maaf, Akauntan di luar => MA’ LESH, MUHASSIB FI BARRAH
- Ok, takda masalah. Kemudian aje. => AY, MAFI MUSHKILA. BA’ DEN.
- Nanti saya call dia. => BA’DEN, ANA KALLIMUHU


































Recent Comments