
Senarai para penulis yang sudi berkongsi pengalaman:
Tiada had jumlah penulis dari setiap negara. Sebagai contoh, di Sudan, rakyat Malaysia berkecimpung di dalam pelbagai kerjaya dan niaga. Pengalaman dan percampuran mereka berbeza. Perbezaan ini sangat bernilai kerana boleh memperkayakan para pembaca dengan pengetahuan.
Pengetahuan yang dikongsi adalah amalan yang membawa pahala berterusan walaupun kita telah meninggalkan dunia ini.
Tauladan dan panduan dari artikel yang disiarkan boleh membantu para pembaca untuk membuat keputusan yang lebih bijak untuk sesuatu perkara. Ia termasuk di dalam amalan bantu-membantu yang digalakkan oleh Allah dan RasulNya.
Saya menjemput sesiapa saja yang ingin berkongsi pengalaman untuk email saya ( manntrexe@yahoo.com ) bagi mendapatkan login dan password sebagai penulis.
Recent Comments