Udang Petai Masak Pedas

By Mann | Jan 30, 2009

Salam alaik,

Hai kenapa lah pulak blog Kenali Arabia bertajuk macam blog resepi nih? Dah takda modal ke?

Udang Petai Masak Pedas

Udang Petai Masak Pedas

Sebenarnya, saya terjumpa sebuah Blog yang menarik perhatian saya. Dan di dalamnya terdapat foto masakan favorite saya pulak.  Blog tersebut kepunyaan Puan Eita yang sudah lama tinggal di Jeddah bersama-sama suaminya Rashid dan anak-anaknya.  Di bawah ni foto anak-anak mereka.

Si-comel bernama Alyea

Si-comel bernama Alyea

Bakal pejuang bernama Amir

Bakal pejuang bernama Amir

Eita & Suami berpicnic di Jeddah Corniche

Eita & Suami berpicnic di Jeddah Corniche

Ada 2 perkara yang sangat menarik perhatian saya di dalam blog Puan Eita. Pertamanya adalah kerajinan Puan Eita merakam aktiviti keluarga beliau dan masakan. Yang keduanya ialah aktiviti sillatur-rahim orang-orang Malaysia di Jeddah.

Wanita Malaysia di Jeddah

Wanita Malaysia di Jeddah

Dari kitab-kitab hadith dan nasihat-nasihat ulama, ada banyak kelebihan orang yang suka menjaga dan merapatkan hubungan sillatur-rahim:

  • Doa yang maqbul
  • Rezeki yang mewah
  • Badan dan fikiran yang sihat
  • Ilmu yang bertambah
  • Diperlindungi dari musuh
  • Mendapat keredhaan Allah
Kaum lelaki di Bowling Centre Jeddah

Kaum lelaki di Bowling Centre Jeddah

Di dalam foto di atas ada terselit pulak kawan saya, Jamal Pak Tongkol ( baju merah ) dari Johor dan jiran saya di KL, Syed Al-Haddad ( baju putih ). Muka happy aje mereka ni dalam gambor. Kini kedua-duanya bekerja dengan Ericsson di Jeddah. Lepas mereka install dan activate 3G system untuk syarikat telecom Mobily, seluruh  Saudi dapat 3G broadband yang cukup baik dan murah. TAHNIAH ORANG MALAYSIA !!!.

Khazanah Laut Merah

Khazanah Laut Merah

Foto di atas ni dari Blog Puan Eita jugak. Ketam dan kupang Laut Merah ni telah di-SelatMelaka-kan di dalam hidangan Melayu di Jeddah. Ada banyak lagi foto-foto menarik di dalam Blognya.

Untuk sesiapa yang ingin menjengok suasana kehidupan harian masyarakat Malaysia di Jeddah, sila kunjungi Blog Puan Eita di eitaluvjeddah.blogspot.com .

Di atas permintaan Sdr Zuraili di Yanbu dan rakan-rakan di Riyadh, saya meneruskan Tip Ay Kalam (Arab Pasar):

  • Waktu Kerja > Dawam
  • Rumah > Manzil, Bayt
  • Apartment > Shaggah
  • Kertas > Wargah, Warqah
  • Baik > Ahsan
  • Saya pergi > Baroh
  • Saya datang > Baeiji
  • Sampai > Wassalt, Jeet
  • Apa dia? > Wish fi? Shu fi? Ish fi?
  • Takda apa-apa> Ma shi, Ma fi, Ma fish.
  • Mana dia? > Wen hua? Fen hua?
  • Dia di rumah> Hua bi manzil, Hua bil bait.
  • Dia di apartmentnya> Hua bi saggah.
  • Dia dalam kereta> Hua bi sayyarah
  • Nanti beri kertas ni pada dia> Ba’den, jib hua haza wargah.
  • Nak pergi mana? > Wen roh? Wen raih?
  • Saya balik rumah> Baroh ila bait.
  • Waktu kerja dah habis. Dawam khalas. Dawam nihayat.
  • Dari sini sampai sana> Min hena ila henak. Min hun la hinik.
  • Saya datang sekarang> Baeiji al-an.
  • Dalam 2 jam saya sampai. Mumkin wassalt fi sa’aten
  • Sejam lagi boleh balik rumah. Ba’ad sa’ah rah la bayt.
  • Saya masih dalam waktu kerja. Ana bi dawam.
  • Tak boleh keluar. Mamnu’ dakhil juwwah, Mamnu’ roh juwwah
  • Kerja yang ini lebih baik dari dulu > Haza shughul ahsan min awwal
  • Share/Save/Bookmark
6 Comments so far
  1. eita_tks January 30, 2009 9:28 pm

    terima kasih sudi link blog saya di sini…kecik tapak tangan….laut merah saya tadahkan..:) ruper nyer syed abdul kadir ngan jamal tu adalah sahabat saudara..kebetulan pula mereka adalah jiran saya…syed abdul kadir al haddad berjiran dgn saya…dan jamal pula adalah jiran sebelah rmh semasa dia tinggal di jeddah..tp skrg dia dah posting ke mekah..tp masih juga merupakan jiran sebelah taman perumahan di johor baharu.

  2. Bawang Goreng January 31, 2009 1:07 am

    Salam,

    Harap boleh kongsikan resepi ‘candy’ (gula-gula?) yg dibuat sendiri tu (campuran madu, kismis…etc). Saya nak cuba untuk anak-anak… Erk… Harap-harap saya tak tersilap orang…

    Saya tunggu!!!

  3. Mann January 31, 2009 7:06 am

    Puan Eita,

    Beberapa bulan lalu Jamal ada datang Riyadh. Saya dapat makan malam sekali aje dengan dia. Bila saya sibuk dia free, bila saya free dia pulak sibuk. Tak puas berbual dgn dia.

    Syed Kadir rasanya dah lebih setahun tak bertembung sejak dia pindah ke Jeddah dari KL. Saya lebih lama berjiran dengan abang dia, Syed Osman. Dua-dua orang teknokrat.

  4. Mann January 31, 2009 7:30 am

    Puan Bawang Goreng,

    OK. Memang saya buat candy untuk ingatan kuat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ia berasaskan Tibbun-Nabawi yang saya belajar dari seorang Ulama. Banyak juga rakan-rakan beli dulu tapi saya berhenti buatnya sebab terlalu sibuk dengan kerja.
    -
    Dalam membuat candy ini saya berpandangan bahawa tangan wanita lebih berkat kerana keikhlasan mereka terhadap anak-anak tidak dapat ditandingi. Oleh itu, saya akan letak artikel khas untuk candy ini. Lagipun, resepinya sikit dan cara buatpun senang aje.

  5. Nor HIdayah October 1, 2009 7:49 am

    Salam, saya dan husband amat berminat bekerja di jeddah. kami berdua berkerja di bawah syarikat yang sama. Telekom Malaysia. Husband saya mempunyai diploma engineering.. ada siap2 dapat membantu kami untuk mendapat peluang pekerjaan disane ? minta bantuan…

  6. Nor HIdayah October 1, 2009 7:55 am

    diharap sesiapa di jeddah dapt membantu, nombor telefon saya +60127743783 atau husband +60127782382. Thanks. Wassalam

Leave a Comment

If you would like to make a comment, please fill out the form below.

Name (required)

Email (required)

Website

Comments

© 2007 Kenali Arabia, - WordPress Themes by DBT