
Salam alaik,
Kita semua tahu siapa Sitti Hawa. Dialah ibu pertama di dunia ini. Dan dari Sitti Hawa, keturunan manusia bertebaran di seluruh mukabumi sehingga kini telah mencapai bilangan 6.1 billion manusia.
Pastinya Sitti Hawa berwajah lebih cantik dan lebih indah daripada semua wanita di dunia ini. Sebabnya Sitti Hawa berasal dari Syurga, maka tiada wanita yang dapat menandingi kecantikannya. Menurut legenda, Jeddah ( yang bermakna nenek ) mendapat nama sempena tempat persemadian Sitti Hawa.
Google Maps di atas adalah untuk Bandaraya Jeddah. Anda boleh ZOOM IN, ZOOM OUT, PAN LEFT dan PAN RIGHT untuk perincian.
Berbanding Riyadh yang hanya berumur 60 tahun, Jeddah adalah sebuah penempatan yang telah lama diduduki manusia sejak 2,500 tahun yang lalu. Dari sebuah perkampungan nelayan, pada tahun 749, Sayyidina Osman telah membangunkan Jeddah menjadi pelabuhan sehingga ia menjadi terkenal ke seluruh dunia. Kini Jeddah menjadi Shopping Paradise, Bandaraya Metropolitan, pusat Industri Pembuatan dan Pelabuhan terbesar di Arabia.
Hampir 90% barangan yang diimpot dan diexport melalui pelabuhan ini. Selainnya di-impot dari Pelabuhan Dammam di pantai Timur.
Jeddah juga menjadi pintu masuk feri-feri dan kapal-kapal penumpang yang membawa jemaah haji dan umrah dari negara-negara Arab seperti Mesir, Eriteria, Djibouti, Yemen, Lebanon, Libya, Syria, Jordan dan Turki. Suatu ketika dahulu, semua bakal-bakal haji dari benua Asia juga melalui pelabuhan ini. Tapi kini semua jemaah dari Asia menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Laut Merah juga adalah laluan yang digunakan kapal-kapal perdagangan dari Asia atau Eropah sebelum merentasi Terusan Suez. Maka Jeddah, menjadi lokasi sesuai untuk penyelenggaraan dan pembekalan kapal-kapal dagang ini.
Bazar tradisional di Jeddah menjadi tumpuan pelancong domestik dan luarnegara.
Percakapan bahasa Arab di Jeddah lebih laju berbanding jajahan lain. Nadanya lebih tinggi dan lengoknya berbeza. Mungkin kerana kesan dari kesibukan di dalam semua urusan berbanding tempat lain di Saudi. Wajah Arab Saudi di situ juga berbeza kerana percampuran darah zaman-berzaman dengan pelbagai bangsa sejak zaman Sayyidina Osman sehingga pemerintahan Ottoman Turki.
Pemandangan ke arah laut Merah menyebabkan Jeddah menjadi tempat peranginan untuk pelancong domestik. Dalam 2 dekad yang lalu, Jeddah ialah pusat snorkeling dan sukan laut yang hebat kerana terumbu karang, kehidupan laut yang indah serta perairan yang bersih.
Malangnya, pembuangan sisa perindustrian dan penduduk yang tidak terkawal telah menjejaskan keadaan laut. Kini kerajaan Saudi sedang mengambil langkah kawalan yang lebih ketat dan usaha pemulihan sedang giat dijalankan. Kontrak ini telah diberikan kepada sebuah syarikat Malaysia dengan rakankongsi tempatan. Bagi tahun 2009, Governor Jeddah telah membajetkan sebanyak SR1.5 billion untuk membangunsemula infrastruktur jalan.
Jeddah telah lama menjadi tuanrumah untuk pelbagai Expo Perdagangan dan Persidangan Antarabangsa. Hotel-hotelnya menyediakan kelengkapan secukupnya dengan suasana yang selesa. Restoran-restoran di Jeddah juga menghidangkan juadah untuk apa jua selera.
Sejak 20 tahun, Jeddah diperindahkan dengan pelbagai sculpture oleh artis antarabangsa. Kini Jeddah diperindahkan lagi dengan kemahiran lanskap sebuah syarikat Malaysia pula. Semoga syarikat ini dapat menempah nama yang harum untuk Malaysia dan untuk kita semua.
Beruntung betul sesiapa yang tinggal di Jeddah. Makkah dekat, Madinahpun dekat serta seafood pun fresh !
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
Salam …
Dapat lagi new project kat Jeddah ke? Mana tip bahasa kali ni? Saya suka guna pakai tip-tip bahasa yang disertakan sekali pada setiap entry tu. Amat praktikal sekali untuk kegunaan seharian.
Man,
Aku baca dlm Qisahul Anbia oleh Imam Ibnu Katsir mengatakan Sehensem-hensem manusia ialah Nabi Adam a.s. Sebab dia dijadikan oleh Allah swt dengan tangan kanan Allah swt (Kedua-dua tangan Allah swt adalah kanan, (jangan di imagine la)), begitu juga Siti Hawa. Wanita kedua cantik adalah Siti Sarah (isteri Nabi Ibrahim a.s).
Kau kata nak balik cuti tahun baru cina? Tak jadi ke?
Salam!
Terima kasih atas entri-entri yang kau masukkan dalam blog ni. Very useful. Keep it up!
Salam Zuraili, Mimbar dan Sukimin,
Terima kasih kerana memberi galakan dan nasihat yang amat berguna. Saya akan teruskan perkongsian ini untuk manfaat semua pembaca. Dan saya akan letakkan tip Bahasa Arab Pasar dalam artikel.
-
Mimbar, pihak istana tak kasik aku balik lagi sebab ada benda baru nak kena selesaikan. Minggu depan rasanya kita dapat jumpa. Kita buat gathering dengan Datok Noorsham, Dr Rahman, Dr Kimin, Prof Shaari, Ustadz Syed Mohamed dan Cikgu Usop kat KL. Kalau yang lain nak join, lagi bagus. Restoran Arab kat Damai, Ampang. Selesa sikit.
Mann,
Aku nantikan kedatangan tuan sheikh.. Aku rindu kat budak yang dulunya ‘jahat ni’!!!he..he..
-
Aku nak gesel hidung dgn kau!!!
Mimbar,
Bab gesel hidung ni payah sikit. Hidung kena mancung macam burung tiong dan resepi makanan tak boleh ada belacan.
-
Biasanya gesel hidung di Saudi dilakukan oleh raja Arab yang menziarahi raja Arab yang lain atau di antara keluarga di raja. Contohnya bila Raja Kuwait Al-Sabah ziarahi Raja Abdullah. Kalau bukan raja menziarahi raja, mereka akan cium bahu kanan raja atau cium cincin raja.
-
Bila kita jumpa, kau kena bukak Silat Pulut dan Dr Rahman kena bukak Kalari Payat. Sambil tu Cikgu Usop baca puisi dalam bahasa Bugis.