
Salam alaik,
Jangan sangka siapa yang bekerja di Saudi ni hidup sentiasa tenang dan bersenang-lenang. Di sini banyak cabaran tau. Saya perjelaskan.
Tabiat biasa bagi yang mencari rezeki di Saudi adalah mereka akan pergi kerja, balik rumah, makan, tidur, bangun tidur dan pergi kerja lagi. Dalam seminggu, 6 hari kerja kerja kerja dan kerja. Dalam akal, duit duit duit dan duit. Tak cukup duit, hutang hutang hutang dan hutang. Yang tak bawa keluarga pula merasa rindu, hiba dan risau selama 1 atau 2 tahun. Bagi yang gunakan bas, terpaksa bertahan bau hapak antarabangsa.
Sebagai tekanan tambahan ialah CUACAnya yang teramat panas selama 9 bulan setiap tahun. Bagi yang bertugas di luar, lagilah panas.
Oleh kerana itu, dikatakan ramai yang berdarah panas di sini. Senang marah, senang bergaduh, senang salahfaham dan senang maki orang. Perkataan popular untuk maki atau kutuk orang ialah YA HEMAR ( oi keldai ! ) atau YA KALB ( oi anjing ! ). Saya pernah mencadangkan satu lagi, iaitu “Ya Khinzir !” tapi tak mendapat sambutan.
Jadinya, cabaran paling utama di sini apabila berdepan dengan manusia yang berdarah panas di dalam cuaca yang amat panas di atas bumi panas. Jika anda juga berdarah panas, maka mendidihlah otak.
Waktu untuk tenangkan fikiran, riadah dan berinteraksi dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara-mara sangat terbatas. Anak-anak membesar dengan resmi panas. Bila dewasa, budaya panas diteruskan.
Jangan bimbang wahai kawan. Di dalam negara yang sangat panas ini dengan orang yang berdarah panas, ada penyejuknya. Di dalam peta Google Maps di bawah ini adalah lokasi penyejuk hati yang saya tandakan dengan belon merah. Untuk perincian, sila zoom-out terlebih dahulu, drag left atau right dan zoom-in kawasan Souk Kombiuter yang diwarnakan biru.
Seperti semua pembaca jangkakan, terdapat ribuan Masjid Jumaat dan Masjid kecil ( masaijid ) di serata Saudi. Yang paling istimewa ialah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah.
Di bandaraya Riyadh pula, masjid kesayangan saya terletak di Souk Kombiuter, Olaya. Sila rujuk peta Google Maps di atas untuk ke sana. NOTA: bukan semua masjid mengadakan solat Jumaat, walau besar manapun.
Imam Masjid Olaya bacaannya sedap dan muka berseri-seri penuh nur. Kecik aje orangnya macam orang Yemen. Tiap-tiap Maghrib dan Isya’ beliau baca Qunut Nazilah apabila Palestin diserang Yahudi. Setiap Jumaat membaca doa yang sama antara 2 khutbah.
Tiap-tiap kali selesai Solat Jumaat selama 6 minggu berturut-turut sejak Aidil Adha, ada aje 6 atau 7 orang Filipino mengucapkan kalimah syahadah masuk Islam. Mereka akan berdiri berhampiran mimbar dan ikut Imam membaca Syahadah. Selepas itu ramai ahli Jemaah bangun, bersalaman dan berpelukan dengan kumpulan Muallaf ini. Ramai juga yang menghulurkan sedekah. Ia adalah berkat pendakwah bernama Abdul Qader Albani (orang Filipino yang bekerja di Universiti King Abdul Aziz).
Masjid Kombiuter Souk ini kecik aje, ada 17 saf. Setiap saf boleh muat 120 orang. Kalau haritu ramai orang Mesir atau Sudan, jumlah orang di dalam saf berkurangan sebab mereka ni debab-debab. Waktu paling kurang orangpun dalam 5 saf, iaitu waktu Asar di mana kebanyakannya kedai dan pejabat tutup untuk berihat. Waktu Maghrib dan Isya dalam 8 atau 9 saf, TIAP-TIAP HARI walaupun pada hari minggu (dalam 1000 orang). Harapan doa maqbul tinggi sikit.
Semoga Masjid Souk Kombiuter ini berterusan menyejukkan hati dan membawa ketenangan kepada pengunjungnya.
TIP Ay Kalam:
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
Baru pertama kali saya singgah di blog saudara. “Sejuk” hati saya membacanya, walaupun cuaca di sana panas sampai sembilan bulan lamanya.
Belum habis saya baca. Saya harap dapat baca semuanya. Banyak pengetahuan yang akan saya dapat daripada blog yang sebagus ini. Terima kasih saudara.
Akan saya kunjungi lagi.
Cikgu Wahab,
Terima kasih di atas kunjungan Cikgu.
-
Semoga Allah kurniakan balasan terbaik di atas usaha Cikgu yang telah mendidik anak-anak kita semua.
man
cikgu wahab tu abang angkat aku di rompin ni..kau pulak kawan baik aku, aku buat umrah nanti aku akan contact kau insya allah. bila kau balik malaysia? jumpa nanti man
Usop,
Rancangan aku nak balik awal tergendala sebab ada hal urgent dan penting kat Saudi. Sampai KL aje akan aku call kau.
Sampaikan salam kat Cikgu Wahab.
Aku tersangat hormat pada semua guru-guru kerana usaha mereka mendidik penuntut dan pelajar dengan ilmu yang manfaat. Amal jariah yang dibawa sehingga ke akhirat.
Man,
Sibuk sangat ke kerja kat sana tu?. Mana posting baru nye.
Usop sekarang ni dah bertugas di tempat baru, di Pulau Tioman.
Salam sejahtera.
Salam alaik Cikgu Wahab,
Tak terhabis-habis tugasan saya. Takpa. Saya bersyukur kerana masih yang ingin menggunakan kemahiran saya.
Harini lagi 8 orang Filipino masuk Islam. Imam Masjid punya lah sayang dan peluk mereka erat-erat. Muka mamat Filipino tuh semua agak terperanjat dan terharu dengan begitu ramai orang yang merai-kan keislaman mereka. Majoriti ahli jemaah masjid menyebut Allahu Akbar dan bersalaman dengan mereka.
Saya rasa macam nak masuk Islam lagi sekali dan join mereka sebab dari saat itu, mereka suci bersih dari segala dosa.