
Salam alaik,
Souk Kombiuter, sepertimana Pak Arab menyebutnya, adalah kawasan terletaknya beberapa bangunan yang mempunyai berpuluh-puluh kedai barangan IT.
Haritu saya saja-saja mencari kad PCMCIA Notebook khas untuk tambah USB port. SR85 aje. Agaknya lepas diskaun SR75 ( dalam RM64 aje ). Maklumlah Notebook PC punya USB port dah lusoh sampaikan wire USB mousepun tercabut-cabut. Tak silap saya, 1 tahun umur komputer sama dengan 20 tahun umur manusia. Jadinya notebook saya ni kiranya macam dah 60 tahun umurnya. Dah tua dah.
Saya amat pelik kenapa barang IT kat KL mahal-mahal. Contohnya Notebook Power Adapter. Di Riyadh dalam lingkungan SR60 hingga SR80 ( RM68 ). Kat Malaysia harganya RM100 ke atas. Geram betul. Walhal semuanya made in China walaupun branded. Kan Hong Kong cuma 4 jam dari KL dan Hong Kong ke Riyadh 16 jam. Patut lagi dekat lagi murah tapi peniaga KL shekik al-darah.
Di Souk Kombiuter, trafik jam dia ni memang teruk nauzubillah. Bukan saja double-parking, tapi triple parking, simpang-siur parking, suka-aku parking, stunt parking. Mereka buat muka toya aje masa parking. Dahlah kereta besar-besar.
Setiap pukul 4 petang, jalan one-way jadi akan jadi sukahati way. Jadinya, kalau taknak terganggu bila nak balik nanti, lebih baik parking berhampiran Holiday Inn Qasar berhampiran Bangunan Pemborong Kombiuter ( Khaleej Building ). Jalan kaki tak sampai 5 minit aje. Jangan malas… nanti gemuk.
Lokasi Souk Kombiuter ialah di hujung Olaya Street. Hala jalan dari arah Kingdom Tower menuju ke Faisaliyah Tower. Lepas saja Faisaliyah Tower dalam 500 meter ke depan, itulah Kombiuter Souk. Kat bawah ada 2 foto dari hala Souk Kombiuter ke Faisaliyah Tower.
Di tepi-tepi kedai Souk Kombiuter ada ramai penjaja software cetak rompak dan DVD. Semuanya Saudi. Kat tepi-tepi jalan pulak ialah lanun Bangla dok mengejar pejalan kaki dan pemandu kereta nak jual CD haram. Mereka ni tak reti bahasa mengacau orang. Bila polis datang aje, bertempiaran lari macam peleset.
FOTO TAK CANTIK kan? Sebenarnya beberapa kawasan di Riyadh tidak boleh berfoto sembarangan. Buta-buta aje masuk balai disoalsiasat. Kawasan ini sensitif sejak peristiwa beberapa tahun lalu, iaitu pengeboman perumahan Omputeh di Riyadh dan Pejabat Pertahanan di Dhahran. Oleh itu saya terpaksa curi-curi ambil foto. Apabila Marriott Hotel Islamabad kena bom, aktiviti polis lagi rancak sebab ada 2 hotel Holiday Inn di Souk Kombiuter.
Nasihat: Apabila di Riyadh, elakkan berfoto di luar hotel antarabangsa, pejabat kerajaan, kawasan Diplomatik dan perumahan Omputeh. Kalau nak jugak, berhati-hati. Tempat lain wokay ! Mafi Mushkila!
TIP Ay Kalam:
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
man
seronok aku membaca kisah kembara kau kat sana, teringin beno aku nak jalan jalan dan melihat sendiri.
aku rasa satu hari nanti aku akan datang juga melawat kau kesana.
man,
sekarang ni aku ada busy sikit urus hal sekolah ni, maklumlah ni saja yang mampu untuk cari makan….nak business macam kau aku tak paham dan tak ada bakat…
balik ke kl nanti sms kat aku..tau
Salam Usop,
Takda negara yang lebih baik dari Malaysia kalau dibandingkan suasana alam sekitar dan tabiat. Tapi dari segi peluang, takda negara yang boleh challenge Saudi Arabia kerana pembangunannya yang amat pesat sekali.
-
Untuk mengelakkan diri kita daripada perasan macam terror sangat, kita perlu keluar menjelajah supaya akal kita ni jadi matang.
-
Kalau tidak, jadi lah katak dalam parit. Bila hujan, terpaksa ikut arus hanyut entah ke mana sebab taknak lompat keluar.
-
Bila kau dah bersedia untuk datang, kita bincang supaya perjalanan kau ke sini dapat manfaat sepenuhnya.
ok bro
blog kau ni bestlah man, macamana kau buat, boleh ajar tak. aku nak buat untuk sekolah aku.
Usop,
Kalau kau serius, beritau aku bahagian mana yang best:
1. Editorial ke?
2. Penggunaan Technology ke?
3. Design dan layout ke?
4. Susunan element dalam blog ke?
-
Bila aku balik KL aje, aku call kau. Kita bincang dan aku pasti kau akan tau macamana dalam masa 30minit aje. Kan kau dah ada 3 blog dan dalam masa 3 bulan aje dah ada 30,000 pengunjung.
-
Kita duduk kat restoran kawan aku yang luas, ada aircond, ada surau dan ada 2 BROADBAND options serta makanannya sedap-sedap dan tak mahal. Nak buffet boleh dan nak ala cartepun boleh. Takda gangguan sebab aku ada corner tersendiri.
-
Aku seronok kalau dapat bantu sekolah kau dan anak-anak murid kat situ. Kita bentangkan technology mudah, strategi editorial dan teknik pencarian bahan supaya anak-anak murid kau boleh jadi junior journalists di Rompin. OK?
Man,
Souk Komputer tu dekat kat offoce aku la. Infact gambar yg ade Fasaliah Tower tu, yg on the right building warna putih tu la offoce aku.
Fadzil Mohd Talib
6468 Al Olaya St.
Riyadh 1221-3857
KSA
Salam Fadhil,
Laaaaa………. hari-hari saya dok makan pagi kat Bufiah sebelah bangunan tu atau makan kedai mamak Lucky Cafe.
Bangunan putih tu kan ada Dale Carnegie Training Centre kan?
bahaya kannns.. salammm dr me dikejauhannns
Man,
Sorry la aku dah lama tak visit your blog ni. Ha ah bangunan yang ade Dale Carnagie Training Center tu.
So…ko ape khabar? Aku ni sibuk skit. Sat ke taif, sat ke Tabuk pas tuu ke Damam. La ni aku kat Bahrain.
So bla aku ade kat Olaya will let you know. But bagi la email address.
Ok.
Salam