Pak Arab Brutal

By Mann | Jan 9, 2009

Di Saudi, weekendnya hari Khamis dan Jumaat. Pejabat kerajaan tutup dan bankpun tutup.  Bandaraya jadi lengang. Hari Rabu malam atau Khamis pagi, kereta berbondong-bondong keluar dari bandaraya untuk balik kampung, ziarah sahabat, pergi berkhemah, riadah berkuda dan ke tempat-tempat hobi.

Topik yang lalu, kita cerita hobi daredevil anak-anak belasan tahun. Hari ini kita cerita sikit HOBI BRUTAL PAK ARAB berumur 20an ke atas pulak.

Lihat saja video kat bawah ni. Aduiii. Dia buat stunt. Sempat letak jari lagi kat permukaan jalan.

Yang ni stunt lagi lama sepanjang-panjang jalan. Kini Hollywood sedang menyiasat dan sedang menganalisa brainwave Pak Arab ni. hehehe.

Kat bawah ni hobby sebahagian Arab Badwi setiap hari Khamis dan Jumaat. Kalau kat Riyadh, nama tempatnya Thumamah ( jalan menghala ke Dammam dan Bahrain ).

Kat bawah ni Mat Rempit Riyadh. Ketepi ajelah kalau anda memandu. Tak payah nak komplen. Polis dah tak larat nak tahan mereka. Masuk sel 3 haripun, mereka buat parti joget tradisional.

Mat Rempit Buggy dekat kawasan luar bandar. Kat dalam bandaraya Riyadh di Tahliya Streetpun mereka buat STUNT YANG SAMA celah-celah kereta tiap-tiap malam.

NOTA KESELAMATAN:
Pada hari Khamis dan Jumaat, kalau memandu keluar dari Riyadh atau dari bandaraya lain, berhati-hatilah wahai kawan. Anda akan menempoh banyak stuntman lagi brutal dari Hollywood. Percayalah, PAK ARAB BUKAN MAKHLUK YANG RETI TAKUT. Kelajuan 220km/sejam perkara biasa. Kalau polis trafik tangkap satu, ada lagi 1000 pemandu macam tu.

Jika anda memandu dari Riyadh untuk menziarahi kawan di Bahrain, Jubail, Dammam atau Al-Khobar, pastikan balik pada hari Jumaat sebelum tiba malam hari. Sebabnya, selepas 8pm, orang-orang yang memandu dalam keadaan mabuk mula keluar dari Bahrain dan menghala ke Riyadh, Jubail dan Dhahran. Masing-masing laju. Accident cukup banyak. Untapun tak nak lintas jalan.

TIP AY KALAM ( bahasa Arab pasar ):

  • Jam => Sa’ah
  • Satu => Wahid
  • Pertama => Wahdah
  • Dua => Isnin
  • Kedua => Thani, Sani, Tani, Tinten
  • Tiga => Thalatha, Talata
  • Ketiga => Thalith, Talit, Tlit
  • Empat => Arba’a
  • Ke-empat => Rabi’
  • Lima => Khamsa,
  • Ke-lima => Khamis,
  • Suku => Raba’ , Rabu’
  • Separuh => Onos
  • Tiga suku => Thlith arba’, Tlit arba’
  • Sekarang => Al-An, Al-Hind, Halla’
  • Tingkat => Daurath
  • Mari => Ta’al, Aiji
  • Pergi => Rah, Zahab
  • Berapa? => Kam? , Addish?
  • Berapa jumlah? => Kam jumlah?, Kullu Kam?, Addish kullu?
  • Pukul berapa? => Kam as-sa’ah? Addish as-sa’ah?
  • Sekarang pukul 2 => Halla’ (Al-An) as-Sa’ah Tinten.
  • Sekarang pukul 1 => Al-An as-Sa’ah Wahdah
  • Mari sini pukul 1 setengah nanti => Ta’al hena as-Sa’ah Wahdah wa Onos.
  • Pergi ke tingkat 5 => Rah la daurath Khamis.
  • Share/Save/Bookmark
1 Comment so far
  1. linda June 1, 2009 9:13 am

    sy suka site ni..best dgr cite2 dr saudi..sy pengen tinggal di sana :)

Leave a Comment

If you would like to make a comment, please fill out the form below.

Name (required)

Email (required)

Website

Comments

© 2007 Kenali Arabia, - WordPress Themes by DBT