Selamat Datang ke Kenali Arabia

By Mann | Dec 20, 2008

Salam alaik,

Di dalam blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya di Arabia. Ia mungkin boleh dijadikan bahan rujukan bermanfaat untuk para pelajar, bakal pekerja, bakal peniaga, bakal pelawat, bakal Haji dan sesiapa sahaja.

Saya sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman di Arabia untuk menjadi penulis di sini. Blog ini mungkin boleh menjadi sebuah komuniti yang membawa manfaat bersama. Pasti ramai yang ingin berkongsi foto-foto menarik dengan pembaca. Mungkin ramai juga yang ingin berkongsi tip-tip niaga, kerja, lawatan, budaya dan pemakanan.

Apabila kita menyebut Arabia, ia bermakna semua negara yang bertutur Bahasa Arab. Negara-negara tersebut adalah : Arab Saudi, Bahrain, Qatar, UAE, Oman, Yemen, Syria, Lebanon, Palestin, Mesir, Sudan, Libya, Algeria, Tunisia, Maghribi dan Mauritania. Terdapat lebih-kurang 350 juta yang bertutur bahasa Arab di dunia ini. Sebab itu, bahasa Arab adalah bahasa rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu.

Buat permulaan, saya mempaparkan 2 peta khas Saudi Arabia di bawah ini. Ia sebuah negara yang amat mustahak untuk semua umat Islam seleuruh dunia kerana di situlah tanah kelahiran Nabi kita serta bandar suci Makkah dan Madinah.

LOCATION OF SAUDI ARABIA

LOCATION OF SAUDI ARABIA

Di bawah ini adalah peta yang mempaparkan province ( negeri ) yang berada di bawah Saudi Arabia.

Province in Saudi Arabia

Province in Saudi Arabia

Dikatakan pakar sejarah, bahawa civilization pertama kaum berbahasa Arab bermula di Yemen oleh kaum ‘Ad. Setelah musnah, saki-baki keturunan kaum ‘Ad berhijrah ke Madain Saleh ( utara Madinah Province berhampiran Tabuk ),  dan mereka dipanggil kaum Tsamut. Ia juga musnah dan saki-baki kaum Arab berpindah pula untuk memulakan Empayar Palmyra ( di utara Damascus, Syria ). Setelah itu kaum yang berbahasa Arab bertebaran ke Timur sehingga sampai ke lokasi yang dinamakan Arabistan, barat Iran.

Dengan kedatangan Islam, pengaruh budaya kaum Arab mula bergerak hala ke Barat, iaitu di Utara dan Timur Afrika. Bangsa Arab berkahwin campur dengan kaum Afrika keturunan Berber berkulit putih, Kibti sawo matang dan Nubia berkulit hitam. Kecantikan akhlak pendakwah Islam ketika telah menyebabkan kesemuanya bangsa di Afrika Utara mengambil budaya Arab sebagai budaya mereka.

Itulah serba-sedikit ringkasan untuk artikel pertama saya ini.

Jika anda mempunyai idea, maklumat, tip-tip, peluang dan sebagainya, sila berkongsi bersama di dalam Blog ini sebagai penulis. Email kepada saya untuk mendapatkan login username dan password serta nyatakan serba sedikit tujuan : manntrexe@yahoo.com .

  • Share/Save/Bookmark
4 Comments so far
  1. maryamjamelah December 21, 2008 1:27 am

    Salam cahaya…mann

    Tahniah…for the blog

    Selamat menyelusuri jejak rasul.

    With best wishes..
    Maryam jamelah

  2. Mann December 22, 2008 8:35 pm

    Salam Ms Maryam,

    Nama yang begitu indah dan mengingatkan kita kembali kepada Sitti Maryam yang solehah, iaitu ibu kepada insan mulia Nabi Isa.

    Terima kasih kerana mengunjung blog ini dan memberi komen. Saya akan cuba memperbaiki penulisan saya dan menambah topik yang bermanfaat untuk semua.

  3. Siti Aisyah Umairah December 23, 2008 12:45 am

    Salam,
    Tahniah diatas usaha anda ini, terima kasih sudi menjemput,
    muga dapat di kongsi bersama pengalaman anda di sana.
    And wishing u all the best.

  4. lina December 23, 2008 2:41 am

    Salam to all…such a wonderful site ever for the gulf warrior…this is what i am looking for and wanted to do but not enough of effort. Anyway bravo bro …muntaza , asanti…

    lina
    doha

Leave a Comment

If you would like to make a comment, please fill out the form below.

Name (required)

Email (required)

Website

Comments

© 2007 Kenali Arabia, - WordPress Themes by DBT