Utama

Salam alaik,

Blog ini diwujudkan untuk berkongsi pengalaman di Arabia. Ia mungkin boleh dijadikan bahan rujukan bermanfaat untuk para pelajar, bakal pekerja, bakal peniaga, bakal pelawat, bakal Haji dan sesiapa sahaja. [ link >> baca artikel terkini ]

Saya menjemput sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman di Arabia untuk menjadi penulis di sini. Blog ini mungkin boleh menjadi sebuah komuniti yang membawa manfaat bersama. Pasti ramai yang ingin berkongsi foto-foto menarik dengan pembaca. Mungkin ramai juga yang ingin berkongsi tip-tip niaga, kerja, lawatan, budaya dan pemakanan.

Arabia bermakna negara yang majoriti penduduknya berbahasa Arab seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Iraq, UAE, Oman, Yemen, Syria, Lebanon, Palestin, Mesir, Sudan, Libya, Algeria, Tunisia, Maghribi dan Mauritania. Terdapat hampir 350 juta yang bertutur bahasa Arab di dunia ini, oleh itu diterima sebagai salah-satu bahasa rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Buat permulaan, saya mempaparkan 2 peta khas Saudi Arabia. Ia sebuah negara yang amat mustahak bagi semua umat Islam seluruh dunia kerana di situlah tempat kelahiran Nabi kita serta bandar suci Makkah dan Madinah.

LOCATION OF SAUDI ARABIA

LOCATION OF SAUDI ARABIA

Di bawah ini adalah peta yang mempaparkan jajahan ( province ) yang berada di bawah Saudi Arabia.

Province in Saudi Arabia

Province in Saudi Arabia

Menurut ahli sejarah, pendudukan pertama kaum berbahasa Arab bermula di Yemen oleh kaum ‘Ad. Setelah musnah, saki-baki keturunan kaum ‘Ad berhijrah ke Madain Saleh ( utara Madinah Province berhampiran Tabuk ),  dan mereka dipanggil kaum Tsamut. Ia juga musnah dan saki-baki kaum Arab berpindah pula untuk memulakan Empayar Palmyra ( di utara Damascus, Syria ). Setelah itu kaum yang berbahasa Arab bertebaran ke Timur sehingga sampai ke lokasi yang dinamakan Arabistan, barat Iran.

Dengan kedatangan Islam, pengaruh budaya kaum Arab mula bergerak hala ke Barat, iaitu di Utara dan Timur Afrika. Bangsa Arab berkahwin campur dengan kaum Afrika keturunan Berber berkulit putih, Kibti sawo matang dan Nubia berkulit hitam. Kecantikan akhlak pendakwah Islam ketika telah menyebabkan kesemuanya bangsa di Afrika Utara mengambil budaya Arab sebagai budaya mereka.

Sila berkongsi pengalaman anda di dalam Blog dengan sumbangan artikel. Email kepada saya untuk mendapatkan login username dan password sebagai penulis ke : manntrexe@yahoo.com .

  • Share/Save/Bookmark
© 2007 Kenali Arabia, - WordPress Themes by DBT